Tak Sangka! 8 Artis Yang Dulunya Mempunyai Berat Badan Mendadak Dan Kini Sudah Kurus

 

8 Artis Yang Dulunya Mempunyai Berat Badan Mendadak Dan Kini Sudah Kurus
1.) Aizat Amdan

Penyanyi Aizat Amdan akui sehingga dia masih berusaha untuk mengekalkan bentuk badannya supaya sentiasa dalam keadaan fit.

Aizat Amdan berkata bukan mudah untuk mengekalkan berat badannya kerana tubuhnya sering mengalami perubahan metabolisme.

“Saya akui dalam satu tempoh masa saya agak susah untuk kekalkan berat badan saya kerana ia senang sahaja naik.

“Sebelum ini rutin saya setiap hari adalah jogging selama setengah jam tetapi kini ia tidak memberi apa-apa kesan kepada tubuh saya.

“Jadi saya perlu tukar cara senaman yang lebih berat supaya tubuh saya boleh bertindak balas dan metabolisme saya kembali tinggi,” katanya kepada Astro Gempak.

Sebelum ini, Aizat pernah berbadan besar dan beratnya mencecah sehingga 112kilogram (kg) tetapi kini dia sudah berjaya menurunkan berat badannya ke 65kg.

Aizat memberitahu untuk mengekalkan berat badannya sekarang dia bertukar kepada senaman Muay Thai tanpa perlu mengawal pemakanannya.

“Sejak lima bulan lalu saya cuba aktif dengan melakukan Muay Thai. Bila lakukan Muay Thai selama dua jam badan saya mula rasa menggeletar dan itu menandakan ia bertindak balas.

“Meskipun masih berjogging tetapi dalam seminggu saya perlu melakukan tiga kali Muay Thai selama dua jam.

“Itu sahaja yang saya lakukan untuk mengekalkan tubuh badan saya.

“Saya boleh makan apa sahaja jika saya teruskan dengan Muay Thai tanpa perlu diet,” katanya lagi.

Mengenai perkembangan seninya, Aizat baru sahaja muncul dengan single Jangan Menangis yang dicipta bersama Faizal Tahir dan Mike Chan.

2.) Raja Afiq

KUALA LUMPUR: Puas menjadi mangsa ejekan sejak kecil akibat berbadan gempal, bakat baharu, Raja Afiq nekad menurunkan berat sebanyak 54 kilogram (kg).

Sebelum ini, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu mempunyai berat 130kg.

Menerusi amalan gaya hidup sihat, diet dan kegigihan ke gimnasium, pemilik nama sebenar Raja Muhammad Afiq Raja Razali berbangga dengan berat badan ideal 74kg sekarang.

Katanya, selain enggan lagi menjadi bahan ejekan, keinginan untuk menyertai dunia seni turut mendorongnya berusaha keras menurunkan berat badan, apatah lagi dirinya percaya pakej menarik antara tiket utama untuk berada dalam bidang berkenaan.

“Saya mengambil masa dua tahun untuk menguruskan badan. Sejak itu juga saya tidak menyentuh nasi dan ia berterusan hingga sekarang. Malah, saya sampai jadi fobia untuk menyentuhnya. Selain itu, saya turut mengamalkan diet berasaskan protein.

“Memang saya sudah puas diejek. Lucunya, ada di antara mereka yang pernah mengejek fizikal saya sebelum ini pun sudah bertukar menjadi gempal,” katanya yang turut dilantik sebagai duta Syukur Selalu di samping Fasha Sandha, Amar Asyraf, Fattah Amin, Hafidz Roshdi, Janna Nick dan Uqasha Senrose.

3.) Syamel AF

 

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Penyanyi Syamel memberitahu berat badannya turun mendadak bukanlah disebabkan menderita sakit tetapi ia atas inisiatif dirinya sendiri,

SYAMEL berusaha menurunkan berat badannya.
Naib Juara Akademi Fantasia 2015 itu merasakan sudah tiba masa untuk dia berusaha menurunkan berat badan selain dapat memantapkan staminanya.

Syamel,23, atau nama sebenarnya Syamel Aqmal Mohd. Fodzly hilang 12 kilogram (kg) dalam masa beberapa bulan.

“Dulu berat saya 95kg tapi lepas saya jalani rutin diet yang betul dan sering berkunjung ke pusat gimnasium, kini berat saya telah turun ke 83 kg.

“Ini inisiatif saya sendiri bukan atas desakan sesiapa sebab saya pun teringin nak pakai baju selesa dan cantik macam orang lain,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.

Tambah penyanyi lagu Hidup Dalam Mati itu, dia tidak mengalami sebarang masalah untuk tidak mengambil nasi sebagai makanan ruji seperti orang lain.

“Saya dah biasa tak makan nasi dan gantikannya dengan oat dan protein.

“Alhamdulillah, saya bersyukur masa badan masih berisi, peminat tetap beri sokongan pada karier dan dapat menerima saya.

“Sasaran saya nak capai berat badan ideal iaitu 75 kg. Buat masa ini rutin harian saya memang akan ke gimnasium dan akan ada jurulatih yang memantau sesi latihan itu,” kongsinya.- UTUSAN ONLINE

4.) Dato Siti Nurhaliza

KUALA LUMPUR, 5 April — Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin turun berat badan sebanyak 14 kilogram selepas melahirkan bayi perempuan.

Siti, 39, berkata penurunan itu kerana sering berjaga malam dan menyusu badan untuk Siti Aafiyah.

“Ibu gembira sebab dah susut 14 kilogram (sebab berjaya dan Aafiyah kuat minum susu Ibu). Terima kasih anak ibu tolong Ibu. Alhamdulillah,” katanya di Instagram.

Siti Aafiyah dilahirkan 19 Mac lalu dengan berat 3.55 kilogram selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

5.) Siti Nordiana

 

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nordiana memberitahu kesibukan dengan kerjaya seninya sejak kebelakangan ini menjadi antara faktor susuk tubuhnya semakin kurus.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana, 32, berkata, dia tidak menyedari mengenai perkara itu sehingga ditegur oleh peminat dan rakan-rakannya.

“Saya sendiri sudah lama tidak menimbang berat badan dan peminat dan rakan-rakan yang menegur kata saya semakin kurus tetapi bagus juga tidak perlu saya bersusah payah untuk diet.

6.) Syafiq Kyle

 

Pelakon Syafiq Kyle mengakui tertekan dengan masalah yang dihadapi sehingga menyebabkan berat badannya susut.

Syafiq atau nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 25, berkata, dia mengalami tekanan untuk menghidupkan watak sebagai seorang jurugambar dalam drama, Mencintaimu Mr. Fotografer.

“Saya sekarang sedang menjalani penggambaran sebuah drama dan watak kali ini agak berat dari segi penghayatan malah memerlukan saya untuk bermain dengan emosi.

“Saya akui mengalami tekanan kerana karakter kali ini amat berbeza daripada lakonan saya sebelum ini dan mungkin disebabkan itu saya nampak kurus.

“Apabila ditayangkan nanti, penonton mungkin hanya tengok saya dalam tempoh sebulan tetapi sebenarnya saya perlu menjiwai karakter itu selama tiga bulan ketika menjalani penggambaran.

“Sebagai pelakon saya harus untuk menghayati karakter ini juga dan sememangnya saya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada penonton,” katanya kepada Astro Gempak.

7.) Talha Harith

 

PETALING JAYA: Pelakon Talha Harith mengambil pendekatan untuk lebih banyak mendekatkan diri kepada Allah dan mendalami ilmu agama Islam selepas dua kali terkena penyakit yang disebabkan oleh ilmu hitam.

Talha,25, berkata, penyakit yang dialami itu menyebabkan berat badannya menjadi susut selain ia memberi banyak tekanan lain kepada dirinya.

“Saya kena ilmu hitam tahun lalu sehingga menyebabkan badan saya susut teruk dan mengalami lemah badan serta muntah-muntah.

“Selepas kejadian itu saya banyak mendalami ilmu agama bagi mengubati sendiri penyakit tersebut. Alhamdulillah sedikit demi sedikit kesihatan saya sudah beransur pulih,” ujarnya kepada mStar Online, ketika ditemui pada sidang media drama Plan B, di Sri Pentas, di sini, Rabu.
8.) Abam Bocey

Abam susut 11 kilogram

KUALA LUMPUR: Selepas dua minggu mengikuti pelan diet dan senaman dalam talian sambil dipantau jurulatih kecergasan, Abam Bocey berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan memberitahu, tiada siapa yang mendesaknya mengurangkan berat badan, sebaliknya keinginan itu datang sendiri.

Sebelum ini, berat badan Abam 188 kilogram dan susut kepada 177 kilogram.

“Tuntutan kerja lakonan mendorong saya untuk menurunkan berat badan. Saya tak boleh cepat mengah kerana kerjaya ini memerlukan pergerakan yang aktif.

“Saya mahu jadi pelakon serba boleh dan tidak terbatas dengan watak tertentu saja… Kalau boleh saya nak jadi pelakon aksi. Mungkin keinginan itu dilihat mustahil, tapi saya sentiasa percaya kepada keajaiban,” katanya kepada BH Online.

Abam berkata, dia bersemangat dengan pelan diet dan senaman yang diperkenalkan kerana dikendalikan secara berkumpulan seramai 40 orang.

“Memang pernah berputus asa hendak kurangkan berat badan. Tapi apabila berada dalam pasukan yang selalu berhubung di aplikasi WhatsApp dan media sosial, kita jadi bersemangat. Mood datang setiap hari dan mahu bersaing sesama kami.

“Jadi kita berentap siapa yang boleh turunkan kilogram paling banyak. Apabila ada jurulatih pantau, ia tak susah. Cuma hati kena cekal dan berdisiplin. Nafsu makan pun kena jaga,” katanya yang terkenal dengan slogan ‘Gemuk Is Awesome’.

Ditanya mengenai kemungkinan isterinya, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang dinikahi pada 8 Disember tahun lalu berbadan dua, Abam reda mereka belum ada rezeki menimang cahaya mata.

Baru-baru ini, Abam terbabit dengan penggambaran telefilem 3 Bahadol yang turut dibintangi Nasha Aziz untuk siaran sebuah stesen televisyen (TV) kabel, pada Aidilfitri kelak.

10 GAMBAR KERETA MEWAH PEMAIN BOLASEPAK TERBAIK MALAYSIA KERETA IZHAM TARMIZI PALING CUN

 

10 GAMBAR KERETA MEWAH PEMAIN BOLASEPAK TERBAIK MALAYSIA

Tahun demi tahun, nilai pemain bolasepak Malaysia semakin meningkat mengikut keadaan dan suasana landskap bolasepak negara.Dahulunya seorang pemain hanya boleh menikmati gaji maksimum RM10,000 dan sekarang ada pemain tempatan yang mendapat pendapatan lumayan sehingga RM180,000 sebulan.

Jadi tidak hairan mereka boleh membeli kereta mewah yang boleh dikategorikan sebagai supercar dan sebagainya.Jadi kami kongsikan beberapa koleksi kereta mewah pemain kebangsaan ini.

 

Piya

 

Khairul Fahmi

 

Indra Putra

 

Safee Sali

Aidil Zafuan

Norshahrul Idlan Talaha

Daudsu Jamaludin


Nazrin Nawi


Izham Tarmizi